Selasa, 24 Juli 2007

sejarah melayu

Assalamualaikum En.razali
Asal usul bahasa melayusememangnya sukar ditentukan.Namun aa pendapat yang mengatakan tentang sal usul org melayu.Dua teori yang membincangkan hal ini ialah Teori Yunan dan teori Nusantara.Ada juga berpendapat bahawa orang Minang berasal dari pengikut Nabi Nuhiaitu dari suku Arkyang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembangsemasa banjir besar berlaku di bumi.Namun tak ada bukti yang kukuh.

TEORI YUNAN
Disokong oleh R.H Gelldern, J.H.C Kern, J.R Foster.Alasan-alasan yang meyokong teori ini adalah:
1) Kapak Tua mirip kapak tua di asiatengah ditemui di Kepulauan Melayu.Ini menunjukkan adanya migrasi dari asia tengah ke kepulauan melayu.
2)Adat resam melayu sama dengan suku Naga di daerah Assam.
3)Bahasa melayu serumpun dengan bahasa di kemboja.Maksudnya, penduduk Kemboja mungkin berasal dari dataran Yunan dengan menyusuri Sungai Mekong.Perhubungan antarabangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan Yunan.
Teori ini teori popular dan diyakini umum.Contohnya dalam buku Teks Pengajian Malaysia.menyatakan nenek moyang orang melayu berasal dari Yunan.Berdasarkan tori ini,orang melayu dikatakan datang dari Yunan menerusi 3 gelombang utama yang ditandai dengan perpindahan orang:

1)ORANG NEGRITO
-penduduk paling awal di Kepulaun melayu dan dating sejak 1000sm berdasarkan arkeologi di Gua Cha,Kelantan.
-ciri-cirinya ialah berkulit hitam,bibir penuh,mata bundar

2)MELAYU PROTO
-Perpindahan mereka di kepulaun melayu berlaku pd 2500sm.
-peradaban lebih maju dari orang Negrito.

3)MELAYU DEUTRO
-Perpindahan orang melayu jenis ini merupakan gelombang perpindahan orang melayu kuno ke 2.

TEORI NUSANTARA
Teori ini disokong oleh J.Crawfurd,K.Himly Gorys Keraf.Bahasa melayu dan bahasa jawa lebih maju pada abad ke15. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat mengatakan bahawa bahsa melayu serumpun dengan bahasa Champa.Baginya persamaan yang berlaku di kedua-duanya adalah fenomena ambilan.Manusia Kuno Homosoloinius dan Homowajakenses terdapat di pulau Jawa.Penemuan manusia ini di pulau jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang melayu keterunan daripada manusia kuno tersebut iaitu berasal dari jawa dan mewujudkan tmadun sendiri.Bahasa di Nusantara iaitu bahasa Austronesia mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di asia tengah.Namun berdasarkan pembacaan ,saya lebih menyokong Teori Yunan. SEKIAN